Tuesday, 10 May 2016

Set Bersalin Dan Produk Nawal sampai di kedai

Alhamdulillah,semalam hari bersejarah.Peribadinya untuk saya.Menjadi pemboronng Nawal untuk kawasan Subang Bestari,Sungai Buloh dan yang berdekatan seperti Kota Damansara dan Ara Damansara.


Apa itu rangkaian produk Nawal Herbal Beauty?

Rangkaian produk Nawal ini adalah produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba.Itu yang saya berkenan sangat.



Saya mulakan dengan rangkaian barang bersalin ye.

SET BERSALIN ASAS RM254


Set bersalin asas mengandungi 6 barangan asas yang menjadi keperluan utama ibu-ibu.Set bersalin nawal tidak mengandungi jamu-jamu atau ubatan yang perlu di makan.Semuanya untuk kegunaan luaran.

1.Tungku
2.Sarung Tungku Berherba
3.Bengkung
4.Herba Mandian Azzahra
5.Param-Pilis-Lulur Syifa
6.Minyak pati serai wangi 







Nanti saya akan ceritakan lagi mengenai kegunaan satu persatu bahan-bahan ini untuk membantu anda berpantang.

Saya juga mencari

+PENGEDAR dengan modal permulaan yang mampu milik
+EJEN DROPSHIP

Hubungi roslina 017 223 5362

Monday, 9 May 2016

Hilangkan loya dan muntah waktu mengandung

Mengandung..tak loya tak sah.Nak-nak lgi yang mengandung sulong.Memang tak boleh bangun,siap rasa loya gilerrr..Rasa nak muntah je kan...Ini kami sediakan 2 produk untuk dicuba,Insyaallah hilangkan rasa loya dan muntah anda.

Untuk mengHILANGKAN MUNTAH dan LOYA waktu MENGANDUNG ,kami tawarkan 2 jenis produk.


1-DALANA HERBAL CREAM RM38
2-PATI MINYAK SERAI WANGI NAWAL RM32

Kedua-dua produk ini dapat membantu menghilangkan loya dan muntah sewaktu mengandung.Cuma agak berbeza dari segi elemenya.Satu jenis sapu,cream.Satu lagi jenis sapu jugak,tapi minyak.



✔CARA GUNA CREAM DALANA

+ Dalana cream ni teksturnya cream.Sapu saja di bahagian-bahagian yang sensitif buat anda rasa loya,seperti di hidung dan kiri kanan dahi anda.



✔CARA GUNA PATI MINYAK SERAI WANGI

+ Sapu2 kat tangan, sapu kat hidung sikit, sapu kat kepala sikit, terus hilang loya loya dan rasa nak termuntah tu.
+ bila saya rasa badan macam letih dan banyak angin, titizkan je dalam 4-5 titis ke dalam baldi yg berisi air suam2. kacau sebati..pastu mandilah..sampai puas...

Apa bahan-bahan DALANA HERBAL CREAM?


Dalana Krim Herba menghimpunkan ramuan semulajadi seperti minyak kelapa dara, halia, capsicum dan minyak kayu putih bagi mengatasi sakit kepala, senggugut dan kekejangan otot di samping membantu membuang angin dalam badan dan melancarkan sistem pernafasan.

Kami juga sedang mencari ejen-ejen dropship dan rakan pengedar yang rajin untuk menyertai team kami.

Apa bahan-bahan PATI MINYAK SERAI WANGI NAWAL


Ia dihasilkan dari pokok serai wangi asli dari hutan dan direbus berjam-jam untuk mendapatkan patinya. Terdapat banyak minyak serai yang dijual yang diperolehi dari negara luar untuk mendapat bau sahaja sebenarnya, bukan dari pati original. Pati serai wangi keluaran Nawal Herbal Beauty tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan-bahan tiruan yang lain.

Ingat bersalin ingat, ingat www.sediabersalin.com

✉WHATSAP 017 223 5362
✉WHATSAP 017 223 5362

✉WHATSAP 017 223 5362

Friday, 8 April 2016

Tungku besi dan sarung tungku,mudah di pos

Rasa macam susah sangat nak cari tungku besi kan?Nak beli online takut mahal gila-gila nanti kos pos.Serba salah.Mana tak nya..berat kot nak pos.Yang masih ada ibu bapa di kampung boleh roger-roger lagi..Masalahnya..yang di bandar-bandar ni memang tak menyempat tau?

Kegunaan Tungku Besi




Tungku besi ini beratnya lebih kurang 4 kati atau lebih kurang 2 kg.Paling sesuai untuk bertungku selepas bersalin kerana;

+ melancarkan pengaliran darah,
+ membuang angin
+ mengecutkan rahim
+ menghilangkan lenguh
+ mengembalikan tubuh badan kepada bentuk asal
+ melancarkan pengeluran darah nifas dari tubuh

Cara penggunaan Tungku


1- Panaskan selama 10-15minit di atas dapur
2-Lapikkan dengan kain atau sarung tungku herba dan sedia untuk proses bertungku

Tungku besi ini sangat berbaloi dimiliki dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.Dek keranaa ketahanan besi juga,saya pernah dengar si kakak gunakan untuk dirinya sendiri.Lepas tu,adiknya pulak bersalin,pass kat adik.Sapa bersalin rotate je tungku besi tu dikalangan adik beradik.Memang bermanafaat untuk lebih ramai orang tau.

Sarung Tungku 



Tak perlu susah-susah mencari kain batik.Zaman moden ini,sarung tungku sekali dah ada yang siap jahit.Masukkan tungku dan guna.Menggunakan 100% kain kapas.Jenama basically mosm's.

Sarung Tungku Berherba

Dulu-dulu ibu saya akan ambil daun mengkudu,lapik pada tungku.Sekali daun tu kecut-kecut kena panas tungku...pergh,semerbak bau ibu saya berpantang.Masih saya ingat lagi aromanya,bila ibu saya bersalin lagi.Al maklumlah...saya anak sulung.Saya lah yang tolong sikit-sikit.Sekarang mana nak cari dah.

Keistimewaan sarung tungku berherba

  • Direka khas untuk memudahkan ibu bertungku secara tradisional.
  • Diperbuat dari kain 100% kapas.
  • Dijahit bersama ramuan herba dan akar kayu terpilih.
  • Aroma menyegarkan dari herba mampu memberikan efek menenangkan.

HARGA DAN KOS POS

HARGA TUNGKU RM39

HARGA SARUNG RM35

HARGA SARUNG BERHERBA RM40



Kos Pos TUNGKU dan SARUNG RM10
Kos pos SARUNG sahaja RM7

CARA BELI


Belian melalui whatsap  Puan Ros 017 223 5362//Sharifah 017 982 9411

+Program dropship dan borong disediakan.
+Atau walk in ke Butik kami di Shah Alam.






Monday, 4 April 2016

Set Tanam Uri dan Buku Mini Bank Susu 2000oz masuk ke butik

Minggu lepas stok baru masuk ye.Alhamdulillah.Suka sangat bila ada set masuk.Kita pun lega.Nak membantu bakal-bakal ibu mahupun ibu lama seperti saya menyediakan kelengkapan bersalin dan berpantang dengan mudah.Insyaallah

3 jenis set tanam uri ada di kedai

Set tanam uri dari Grandma Secret


Set tanam uri kali ni sama harga dengan set urus uri keluaran Grandma Secret juga.Sama pengeluarannya.Yang lama menggunakan periuk tanah sebagai tempat letak uri.Yang baru kita masukkan dalam kotak ni dan tanam sekali dengan kotak.Jadi kedua-duanya akan terkompos dalam tanah nanti.

Insyallah saya akan sertakan panduan urus uri menggunakan kit yang baru ini dalam entry akan datang ya.Kalau nak tengok set urus uri yang menggunakan periuk tanah boleh rujuk di sini >>  Set Asas Pengurusan Uri - Grandma Secret

Buku Mini Bank Susu Ibu 2000 oz

Ini satu buku yang menarik.Buku mini siap.Jom tengok-tengok apa isi di dalam ye.




Harga dan cara beli 


Harga set urus uri RM35
Harga buku mini bank susu ibu RM7.90

manakala kos pos ke Semenanjung Malaysia RM7 sekotak

Makluman :

Set urus uri ini telah dipek dengan kemas dalam kotak yang padat dan sedia dipos

Belian melalui whatsap  Puan Ros 017 223 5362

+Program dropship dan borong disediakan.
+Atau walk in ke Butik kami di Shah Alam.




Sunday, 3 April 2016

Mandian serai wangi

Saya tak pernah cuba mandian serai wangi sepanjang hidup.Waktu bersalin kedua-dua anak dulu saya gunakan mandian campuran herba tradisional.Yang jenis paket..ala-ala macam ni bunjut.

Kena masak air..lepas tu kena masukkan dalam baldi dan campur dengan air sejuk.Supaya tak panas sangat.Banyak kerjanya..untuk orang baru bersalin ye dak.Saya ni tak de ibu dah..meninggal.Jadi ikut-ikut je lah apa orang guna di internet.

Minggu lepas saya cuba Air Mandian Serai Wangi Ka'ab ni..wah.Alhamdulillah.


Jujur ye,saya tak pernah ambik tau apa itu serai wangi.Bau dia macam mana jauh sekali.Bila kawan saya rekemen cuba mandi dengan air mandian ni..katanya mak dia suka sangat.Lambat tahu stok masuk di kedai...mesti minta bawak balik satu untuk mak nye mandi.

Jadi pagi tu saya pun cubalah.Versi jimat.Guna 1/3 air mandian ni,campur dengan 5 cebuk air suam.Saya buat bilasan terakhir mandian saya.

Sungguh,saya tak pernah tahu air serai wangi baunya macam bunga...Bunga yang bau lemak-lemak tu..macam bunga ros sikit.Punyalah best,segar..Patutlah kat packing tu ada tulis aroma terapi.Macam spa dah di rumah.

Air mandian serai wangi Ka'ab ni organik tau..tak gunakan baja kimia mahupun racun perosak. Memang homemade dari Pulau Pinang.Direbus dan rendam berjam-jam.

Ok,setakat ini dulu..harap anda juga rasa nak cuba kesegarannya ye.Terkejut.Yes..nak mandi lagi hari ni.Spa gitu!


Harga air mandian serai wangi dan cara beli


RM15 untuk botol 500 ml 

Belian melalui whatsap  Puan Ros 017 223 5362

+Program dropship dan borong dengan kuantiti minimum disediakan.
+Atau walk in ke Butik kami di Shah Alam.


Friday, 1 April 2016

Cara merawat anak jaundice dengan serum mandian Nuraz

Epilog pengalaman sendiri mengenai anak demam kuning

Saya nak ceritakan serba sedikit perasaan yang saya alami sebagai seorang ibu bila anak baru lahir.Kelahiran pertama dan kelahiran kedua,dilema demam kuningnya,sama.

Lepas saja kami anak beranak keluar hospital,kita masih dalam keadaan berpantang kan?Suami dah mula sibuk dengan kerja.Sebab kena kerja balik.Mungkin kita bersama ibu atau sendirian.Nampak dah anak kuning sikit-sikit tapi masih rasa 'denial'."Ish...takkan lah kuning kot...".Tengok baby tu asyik tido je..kita rasa lega.Kononnya dia tak banyak karenah.



Esok-esok mak kita tegur pulak,anak kuning ni..kita tengok sekali lagi.Minta pendapat suami pulak,nampak tak nampak.Nak tengok bawah matahari,betul ke kuning.Minta encik suami beli ubat sensei..balik kerja baru dia nak beli.Lambat....ibu mertua dah mula jemur-jemur anak bawah matahari.

Anak pertama saya,nurse datang cek dan sah kan..ni kuning ni puan..tinggi dah.Cepat bawa ke hospital.Anak kedua kami nampak je kuning---tak nak main teka-teki dah,terus pergi hospital.Kedua-dua anak warded 2 malam di hospital.Dua-dua kuning berjaya turun.Bawa balik di rumah untuk pemantauan.Anak ke-dua jaundice lama sampai sebulan.

lepas ni..kalau saya nak beranak,saya akan simpan siap-siap serum mandian nuraz ni dalam rumah.Bagi mandi je siap-siap.Hehhe..ini cerita ibu berpengalaman tau..


Apa itu serum mandian demam kuning Nuraz?

Mandian Penawar Demam Kuning Si Comel Nuraz adalah merupakan satu ikhtiar yang dihasilkan sebagai solusi kepada masalah demam kuning. (Newborn Jaundice) yang sering melanda bayi yang baru dilahirkan. Ia diformulasikan menggunakan 100% herba tempatan dan bacaan doa serta selawat terpilih untuk memudahkan pengguna berikhtiar untuk memulihkan penyakit kuning yang diharapi oleh si comel anda.

Mandian Nuraz ini sesuai dijadikan persediaan setelah bayi dilahirkan dan merupakan satu-satunya produk solusi untuk demam kuning bayi yang berada di pasaran malaysia yang menggunakan kaedah mandian dan tiada kesan sampingan.

" 100% HERBA TEMPATAN"

NURAZ adalah penawar mandian demam kuning PERTAMA di Malaysia. Diformulasikan dari 100% herba tempatan dengan bacaan selawat dan doa terpilih.Dan mendapat kelulusan KKM Satu-satunya kaedah PERTAMA berbentuk mandian bayi.

"KELULUSAN KKM"



Hanya perlu titiskan dalam mandian bayi anda. Berikan mandian TERBAIK hanya untuk bayi comel anda.


Bagaimana cara nak mandikan bayi menggunakan Nuraz?




Sebelum bersalin boleh beli ke,bukan kita tahu anak kita jaundis ke tak lagi?

Terpulang kepada persediaan seseorang.Saya,untuk anak ketiga memang kena beli siap-siap.Sebab bila anak dah ada kuning di mata...kita terus-terus google,capai handphone nak beli..mulalah drama kalut.Seller lambat jawab,tak de COD lah,menunggu lagi.Buatnya parcel pulak ke laut bila dah pos..masa tu..time is running ok,berdebar tunggu 'count result' dari hospital.

Penawar demam kuning Nuraz ni tarikh luputnya 2 tahun.

Bila kena beli Mandian demam kuning Nuraz?

+Bila anda mula berdilema dan tak sedap hati."ish...macam kuning mata baby ni,kuning ka tak kuning ni"?

+Bila mata bayi sudah menunjukkan tanda-tanda kuning

+Bila baby dah warded

Terus ikhtiarkan dengan mandian Nuraz.

Harga dan cara belian

HARGA RM60

Kos Pos RM7 ke semenanjung


Belian melalui whatsap  Puan Ros 017 223 5362/Puan Nur 017 982 9411
COD - STAR AVENUE SUBANG BESTARI (mohon call untuk kerjasama dan availability)

+Program dropship dan borong dengan kuantiti minimum disediakan.
+Atau walk in ke Butik kami di Shah Alam.




Sunday, 27 March 2016

Minyak telon untuk bayi

Ok,stok minyak telon memang banyak pilihan dengan kami ye.Insyaallah.Produk baru masuk minggu ni minyak telon bebiku dan minyak mestika.Minyak telon bayi ni memang satu kemestian bila nak sambut baby,atau dah ada baby.

Kalau mak-mak kita,mereka akan suruh beli minyak-telon jenis lama tau,turun temurun seperti minyak telon bebiku,minyak bayini mestika dan minyak telon nyonya maneer.Saya ibu baru,jadi kita agak cenderung memilih jenama baru seperti minyak telon anugerah,atau kita gunakan herbal cream tropika sebagai minyak telon.Sebab wangi saaanagat!

MINYAK TELON BEBIKU 30 ML RM6.90/ 75ML RM8.90

MINYAK BAYINI MESTIKA RM7.90


MINYAK TELON NYONYA MANEER 60ML RM13.90

MINYAK TELON ANUGERAH RM15

Kandungan Minyak Telon Anugerah :minyak kayu putih,serai,lengkuas,pudina,limau purut
Hanya usapkan minyak pada tubuh bayi ketika perlu terutamanya selepas mandi. Sapukan pada bahagian dada, perut, pinggang, punggung dan juga tapak kaki bayi.

MINYAK TELON TATEH 30ML RM16

Formula organik dalam bentuk minyak dan mudah di sapu. Mengandungi VCO , peppermint dan cengkih.

CARA PENGGUNAANYA:Sapukan Telon Oil pada perut bayi dan kedua tapak tangan dan kaki bayi selepas mandi. Ketika selsema atau batuk, boleh di sapukan di dada bayi untuk kelegaan sepanjang hari

CARA BELI

Belian melalui whatsap  Puan Ros 017 223 5362/Puan Nur 017 982 9411

+Program dropship dan borong dengan kuantiti minimum disediakan.
+Atau walk in ke Butik kami di Shah Alam.